Selasa, 27 November 2018

AURAT BAGI SEORANG WANITA MUSLIMAH



Aurat Bagi Wanita

Seorang wanita yang sudah mencapai usia baligh bila berada di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya diwajibkan menutup seluruh anggota badannya kecuali dua tangan sampai pergelangan dan wajah sebatas yang wajib dibasuh saat berwudhu.
Wajah dan tangan wajib ditutup ketika:

  1. Menggunakan perhiasan dan make-up.
  2. Diyakini ada orang lain yang akan melihatnya dengan hasrat seksual (syahwat) dan menikmatinya. 

Aurat Wanita di Hadapan Muhrim dan Wanita Lain

Aurat seorang wanita di hadapan lelaki muhrim adalah seluruh badannya kecuali yang seringkali nampak seperti wajah, rambut, leher, dua lengan dan dua kaki. Manakala aurat wanita dengan wanita lain adalah antara pusar dan lutut. Tidak kira wanita itu ibu, saudari perempuan atau wanita asing. Maka tidak dibolehkan bagi wanita melihat ke saudari perempuan antara pusar dan lutut. Kecuali dalam keadaan terpaksa. Atau keperluan yang sangat memerlukan seperti pengubatan.

Aurat Wanita di Hadapan Anak yang Belum Baligh

Anak kecil yang belum baligh dibagi kepada dua bahgian, iaitu:

  • Belum mumayyiz, wanita tidak diwajibkan menutup aurat di hadapan anak lelaki yang belum mencapai mumayyiz kecuali sebatas kewajiban menutup aurat di hadapan sesama wanita.
  • Mumayyiz, wanita di hadapan anak lelaki yang sudah mencapai mumayyiz terutama yang mendekati usia baligh wajib menutup auratnya sebagaimana wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang bukan muhrim secara umum.
(Mumayyiz adalah anak yang sudah mencapai umur tujuh tahun dan dapat membezakan perkara yang bermanfaat untuknya dengan hal yang boleh membahayakan dirinya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan