Rabu, 5 Disember 2018

BESAR DOSANYA SESIAPA YANG MELAKUKAN GHIBAH

Pengertian ghibah dapat diertikan dengan mengumpat. Ghibah itu juga dapat dimaksudkan dengan menceritakan, menyampaikan, merendahkan atau mengejek tentang keburukan orang lain. Walau bagaimanapun, apa yang disampaikan itu adalah perkara yang betul, itu bukan bermaksud kita boleh menyampaikannya dengan sesuka hati kita. Baik dari segi agamanya, jasmaninya, hatinya, kekayaannya, akhlaknya dan sebagainya.

Sebagaimana Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha mengasihani.” (Surah Al-Hujuraat: 12)

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawasanya Allah SWT melarang hamba-hamba-Nya yang beriman dari bersangka buruk, iaitu mencurigai keluarga dan kaum kerabat serta orang lain dengan tuduhan yang buruk yang bukan pada tempatnya. Kerana sesungguhnya bagian dari hal tersebut merupakan suatu perkara yang harus dicegah kerana ia merupakan suatu yang dilarang dalam Islam dan haram hukumnya jika kita melakukannya dengan sengaja.

Tidak semua jenis ghibah dilarang dalam Islam. Terdapat juga beberapa jenis ghibah yang diperbolehkan, ghibah yang diperbolehkan itu dimaksudkan dengan untuk mencapai sesuatu tujuan yang betul. Tujuan tersebut tidak mungkin akan terlaksana melainkan dengan melakukan ghibah.

Pertama, membuat laporan perbuatan orang yang teraniaya. Orang yang teraniaya boleh melaporkan kepada hakim dengan mengatakan ia telah dianiaya oleh seseoarang. Pada dasarnya ini adalah merupakan perbuatan ghibah, namun kerana dimaksudkan dengan tujuan yang betul, maka hal ini diperbolehkan dalam Islam.

Kedua, berusaha untuk mengubah kemungkaran dan membantu seseorang itu keluar daripada melakukan perbuatan maksiat, seperti mengatakan kepada orang yang mempunyai kekuasaan itu untuk mengubah kemungkaran. Contoh ucapannya “Si Akim telah melakukan perkara yang tidak baik, kamu harus menghalang dia!”. Maksudnya disini adalah meminta orang lain untuk mengubah suatu kemungkaran. Jika tidak bermaksud sedemikian, maka ucapan tadi adalah ghibah yang diharamkan.

Ketiga, ghibah yang diperbolehkan di dalam Islam adalah bertujuan untuk mengingtkan kaum muslimin terhadap sesuatu keburukan seperti menyatakan keburukan hafalan seorang perawi hadits.

Selain itu, jika diperhatikan pada masa kini, ghibah ini sering terjadi di dalam golongan perempuan. Kerana golongan perempuan ini lebih mudah melakukan ghibah berbanding dengan golongan lelaki. Mereka sering melakukan ghibah karana ghibah ini tidak mengenal tempat dan waktu. Mereka lebih suka membicarakan tentang keburukan orang lain melainkan perkara tentang diri sendiri yang menyebabkan mereka sering melakukan ghibah tanpa mereka sedari. Dan jika mereka mengetahui sebab dan akibat mengenai apa yang mereka sedang lakukan itu pasti mereka tidak ingin melakukannya.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita agar menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain, dalam sabdanya, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah SWT akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana besar ganjaran pahala yang akan diterimanya disamping mendapat jaminan daripada Allah SWT yang akan menutupi kelemahan dan keaibannya, dan Allah SWT telah memberikan amaran untuk menakutkan mereka sebagaimana Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya mereka yang suka menyebarkan kejahatan dalam golongan orang-orang yang beriman akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat”. (Surah An-Nur: 19)

Maka dari itu, hendaklah kita harus sentiasa berhati-hati ketika ingin mula berbicara dengan sesiapapun. Dan sebelum menyampaikan sesuatu itu kita hendaklah memastikan kesahihan cerita tersebut dan pastikan juga tiada unsur penambahan cerita di dalamnya. Dan akhir sekali, apa yang paling penting, niatkannya kerana Allah SWT dan dengan itu kita sudah menjauhi daripada melakukan ghibah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan