Berdasarkan
dalil daripada sebuah hadits yang bermaksud:
“Dari
Aisyah berkata: “Nabi SAW pernah beri’tikaf bersama isteri-isterinya, sementara
saat itu ia sedang mengalami istihadhah dan boleh melihat adanya darah yang
keluar”. (HR. Bukhari)
Terdapat
tujuh jenis wanita yang istihadhah daripada meraka yang baru pertama kali
didatangi haid dan yang sudah beradat (kebiasaan) didatangi haid adalah:
- Wanita yang baru pertama kali keluar darah istihadhah dan dia dapat membezakannya.
- Wanita yang baru pertama kali keluar darah istihadhah dan dia tidak dapat membezakannya.
- Wanita yang sudah beradat dan dia dapat membezakannya (ingat waktu keluar dan kadar darah).
- Wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakannya tetapi mengingati kadar darah dan waktu kebiasaan.
- Wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakannya tetapi hanya mengingati kadar darah dan lupa kadar kebiasaannya.
- Wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakan tetapi hanya mengingati waktu keluar darah dan lupa kadar kebiasaannya.
- Wanita yang sudah beradat serta tidak dapat membezakannya kerana lupa waktu keluar dan kadar darah.
Tiga
jenis darah istihadhah adalah:
- Istihadhah sedikit (qilalah), iaitu darah yang keluar pada kapas tidak sampai tembus ke permukaan (lain) kapas.
- Istihadhah sedang (mutawassithah), iaitu darah yang keluar ke kapas menembus sampai ke permukaan (lain) kapas, namun tidak sampai mengalir ke pembalut yang biasa digunakakn wanita.
- Istihadhah banyak (katsirah), iaitu bila darah menembus ke permukaan (lainnya) dan mengalir ke pembalut yang biasa digunakan seorang wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan