Selasa, 27 November 2018

HINDARILAH PERGAULAN BEBAS DI ANTARA WANITA DENGAN LELAKI YANG BUKAN MUHRIM


Seorang wanita hendaklah mengetahui batas pergaulannya, terutama sekali pergaulan yang berlawanan jenis yaitu diantara wanita dan lelaki yang bukan muhrimnya. Pada masa kini, pergaulan bebas sering terjadi tidak kira dimana sahaja dan lebih-lebih lagi ia sering terjadi dalam golongan remaja. Mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa memikirkan kesan apa yang terjadi dengan mereka di masa akan datang. Justeru itu, seorang wanita itu hendaklah mempelajari bagaimana hendak menghindari pergaulan bebas dengan lelaki yang bukan muhrimnya.


Diantara etika pergaulan dan batas pergaulan di antara wanita dan lelaki menurut Islam adalah:

1.      Menundukkan pandangan

Pandangan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya termasuk salah satu panahan syaitan. Bahkan, pandangan merupakan awal berlakunya fitnah sehinggakan Allah SWT memerintahkan kepada lelaki mahupun wanita untuk menjaga pandangannya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud;

Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan’. Katakanlah kepada wanita yang beriman; ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya’.” (Surah An-Nur: 30)

2.      Menutup Aurat

Jika diperhatikan, aurat bagi kaum wanita ‘lebih berat’ berbanding kaum lelaki. Ini kerana, aurat kaum wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangan. Manakala kaum lelaki pula, aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. 

Bagaimana untuk menutup aurat tersebut? Caranya adalah dengan memilih pakaian atau kain yang tidak nipis agar tidak menampakkan warna kulit. Pastikan pakaian tersebut benar-benar menutup, bukan membalut tubuh kita sehingga terlihat bentuk tubuh yang akhirnya menarik perhatian golongan lawan jenis. 

Disebabkan kaum wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki, Nabi SAW ada memberi peringatan melalui sabdanya;

“Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar, maka syaitan akan memperindahkannya di mata lelaki.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

3.      Tidak Berdua-duaan di Antara Wanita Dan Lelaki

Pergaulan bebas atau percampuran antara wanita dan lelaki di suatu tempat tanpa hijab atau penghadang membolehkan mereka melihat lawan jenis dengan mudah dan sesuka hati. Bagi wanita muslimah, sudah tentu hal tersebut membimbangkan apabila mereka dijadikan ‘objek’ pandangan kaum adam. 

Jika ia atas urusan kerja dan benar-benar penting, dalam erti kata lain jika ketiadaan kita di tempat tersebut menyebabkan kerja atau perancangan tersebut tergendala, maka ia diharuskan.

Namun, jika hal tersebut hanya sekadar berbual-bual mesra sesama rakan berlawanan jenis, adalah lebih baik dielakkan dan percepatkanlah masa untuk berundur diri agar tidak berlama-lama dan berlanjutan sehingga lewat malam.

Dari Ibnu Abbas.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

Inilah sebahagian etika pergaulan wanita dan lelaki yang bukan mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)

BERSYUKUR KEATAS-NYA ALLAH SWT


Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
maka Dia sangat menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu,
maka Dia Ingin sekali mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa juga keadaan,
kerana kasih sayang Allah itu sangat mendahului kemurkaan-Nya.

Allah selalu menciptakan segala sesuatu di dunia ini dengan berpasang-pasangan,
Ada yang kaya dan ada yang miskin,
Ada yang pintar dan ada yang bodoh,
Ada yang tinggi dan ada yang rendah,
Ada yang berat dan ada yang ringan,
Ada yang hidup dan ada yang mati,
Ada yang sehat dan ada juga yang sakit.
Tidak ada perkara lain yang dimaksudkan-Nya
Melainkan agar kita dapat mengambil hikmah serta pengajaran yang baik,
Dari semua apa yang telah diciptakan oleh-Nya
Maka dengan itu kita hendaklah sentiasa melahirkan rasa syukur keatas-Nya
Allah SWT.

AURAT BAGI SEORANG WANITA MUSLIMAH



Aurat Bagi Wanita

Seorang wanita yang sudah mencapai usia baligh bila berada di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya diwajibkan menutup seluruh anggota badannya kecuali dua tangan sampai pergelangan dan wajah sebatas yang wajib dibasuh saat berwudhu.
Wajah dan tangan wajib ditutup ketika:

  1. Menggunakan perhiasan dan make-up.
  2. Diyakini ada orang lain yang akan melihatnya dengan hasrat seksual (syahwat) dan menikmatinya. 

Aurat Wanita di Hadapan Muhrim dan Wanita Lain

Aurat seorang wanita di hadapan lelaki muhrim adalah seluruh badannya kecuali yang seringkali nampak seperti wajah, rambut, leher, dua lengan dan dua kaki. Manakala aurat wanita dengan wanita lain adalah antara pusar dan lutut. Tidak kira wanita itu ibu, saudari perempuan atau wanita asing. Maka tidak dibolehkan bagi wanita melihat ke saudari perempuan antara pusar dan lutut. Kecuali dalam keadaan terpaksa. Atau keperluan yang sangat memerlukan seperti pengubatan.

Aurat Wanita di Hadapan Anak yang Belum Baligh

Anak kecil yang belum baligh dibagi kepada dua bahgian, iaitu:

  • Belum mumayyiz, wanita tidak diwajibkan menutup aurat di hadapan anak lelaki yang belum mencapai mumayyiz kecuali sebatas kewajiban menutup aurat di hadapan sesama wanita.
  • Mumayyiz, wanita di hadapan anak lelaki yang sudah mencapai mumayyiz terutama yang mendekati usia baligh wajib menutup auratnya sebagaimana wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang bukan muhrim secara umum.
(Mumayyiz adalah anak yang sudah mencapai umur tujuh tahun dan dapat membezakan perkara yang bermanfaat untuknya dengan hal yang boleh membahayakan dirinya)